Posted by: superzamwife | January 23, 2008

Omelette Belachan

Semenjak berpindah ke PARIS, Kak Lin merasakan selera makan Kak Lin dan Keluarga berkurangan kerana mengenangkan tempat lama Kak Lin dan juga rakan-rakan Kak Lin. Bagi mengembalikan selera makan, Kak Lin teringat satu resepi. Rakan-rakan blog Kak Lin boleh mencuba resepi ini sendiri di rumah dan boleh bagi feed back pada Kak Lin di ruangan komen di bawah. Kak Lin menggelarkan resepi ini sebagai Belacan Goreng, anak Kak Lin pula menggelarkannya Telur Belacan manakala suami Kak Lin, superzam menggelarkannya Omelette Belachan. Marilah cuba dan boleh kemukakan pada suami anda, jika kaum suami kurang selera makan, makanan yang kita masak.. Suruh sajalah mereka masak sendiri Omelette Belachan ini..

omelette belachan

Bahan-bahannya:-
-Belacan sebesar ibu jari.. jari tangan bukannya jari kaki,
-Bawang Merah 4 biji.. potong akarnya dan kupas kulitnya,
-Bawang Putih 3 ulas..
-Telur Ayam 1 biji yang belum menetas,
-Ajinomoto dan garam secukup rasa,
-Lada pedas atau cili api yang tak ada api.

Cara-cara:-
Lumatkan belacan, bawang merah, bawang putih dan cili api, campurkan sedikit garam dan secukup rasa ajinomoto. Gaulkan dengan telur ayam sehingga sebati. Dan gorengkan jangan sampai hangus.. Semoga berjaya menaikan nafsu makan ketika hilang selera makan.

Chef Cook : Kak Lin @ superzamwife

Advertisements
Posted by: superzamwife | January 17, 2008

Ulang Tahun Ritz

Pada hari ini Kak Lin sangat gembira kerana Boy Kak Lin, Ritz menyambut birthdaynya yang per-1.. Kak Lin menyambut birthday ini secara sederhana kerana superzam sibuklah konon-kononnya.. Kak Lin hanya menyediakan mee hun goreng udang kering, udang sepit biru masak goreng minyak tanpa kolestrol, potato french fries bertahta sausage dan ketam ball, sambal tempe tauhu tomato tengah hari punya di panaskan sekali lagi kempen recycle (kih.. kih.. kih..), fruit cocktail tanpa alkohol, red dragon fruit yang kulitnya telah di kupas dan di buang, Fruit cheese cake with fresh cream, nasi kosong dan air kosong. Kak Lin menyediakan mee hun goreng kerana Ritz memang suka makan mee hun (untuk pengetahuan gemmanya.. kih..kih..kih..)

hidangan birthday Mr.Ritz
Ketika menyambut Birthday, anak-anak Kak Lin tidak akan menghiraukan tentang hadiah, tidak menghiraukan makanan yang dihidangkan (masak buat ddy makan sajak). Mereka hanya inginkan nyanyi lagu birthday dan meniup lilin serta buah cherry di atas kek.. itu saja yang buatkan diaorang happy.. Tapi pada birthday Ritz malam ni, Ritz masih lagi blur-blur (baru setahun lah), yang tersangat gembira girl Kak Lin, si Emy. Emy lah yang terasa seronok sangat termasuk Kak Lin sendiri.

hepi beday tu yu.. hepi beday tu yu.. hepi beday tu ritzany.. hepi bedaaay tuu yuuu….

Kak Lin berasa gembira kerana macam baru saja Kak Lin melahirkan Ritz, pejam-celik-pejam-celik, dah setahun, besar panjang pula tu.. berat lagi.. macam mau kalahkan berat kakaknya pula. Gigi atas ada 4 batang dan gigi bawah ada 2 batang. Sekarang ni Ritz tengah ketagih berjalan dan memanjat.

buah hati Kak Lin

Setakat disini saja yang Kak Lin ingin luahkan pada hari ini. Semoga pengunjung-pengunjung weblog Kak Lin dapat mendoakan kesejahteraan rumahtangga Kak Lin, kesihatan keluarga Kak Lin dan di murahkan rezeki. Sekian sehingga bertemu lagi di luahan yang lain selepas ini. Sekian dan Terima Kasih.

Host : Kak Lin @ superzamwife

Posted by: superzamwife | January 15, 2008

Yang Tersayang

Lilypie 5th Birthday Ticker
Lilypie 2nd Birthday Ticker
Kak Lin mempunyai 2 orang cahaya mata, seorang perempuan dan seorang lelaki. Kak Lin mempunyai pengalaman yang berbeza ketika membesarkan kedua-dua anak Kak Lin. Yang perempuan dengan ragamnya yang lembut serta penakut manakala yang lelaki dengan kenakalannya dan kedegilannya. Ragam di antara anak lelaki dengan anak perempuan sangat berbeza dan pelbagai boleh di ceritakan di sini. Kak Lin akan mengambil kesempatan di lain masa untuk menceritakan dengan lebih lanjut perbezaan di antara anak perempuan dan anak lelaki yang Kak Lin alami semenjak mereka masih berada dalam perut lagi. Nantikan lah..!!
Sekian dan pastikan sentiasa melawati laman blog Kak Lin.

Mother : Kak Lin @ superzamwife

Posted by: superzamwife | January 14, 2008

Salam Perkenalan

Salam perkenalan daripada saya..
Weblog superzamwife ini, di tujukan khas pada kaum wanita untuk bersama-sama kita berkongsi kaedah pengurusan rumahtangga. Disini saya menggelarkan diri saya sebagai Kak Lin. Semoga weblog ini dapat memberi manfaat pada kaum ibu dan gadis-gadis. Saya mengharapkan komen membina daripada anda semua untuk kita kongsikan bersama demi matlamat untuk membahagiakan rumahtangga yang kita kecapi bersama dengan yang tersayang.
Sekian, Terima Kasih dan nantikan artikel, resepi, petua dan juga tips-tips daripada pengarang.
-Kak Lin-

Kak Lin

nantikan persembahan daripada Kak Lin

Presenter : Kak Lin @ superzamwife

Categories